Dari Sahabat, Untuk Sahabat ::

Wasiat Saidina Ali karamallahu wajhah:
"Apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dgn melakukan dosa (maksiat) maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan tetap berkekalan."

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
~Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, ~Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, ~Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,~dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu..(",) ~

~T.O.L.O.N.G.S.A.M.P.A.I.K.A.N.P.A.D.A.S.I.D.I.A~

Tolong beritahu si dia, aku ada pesan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman
larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..

YA ROBBUL 'IZZATI

Ya Rabbul Izzati, sekian lama aku mengembara mencari cinta. Terperosok aku dalam kubangan rindu bersulam palsu. Pedih jiwaku, gersang ragaku. Tapi aku tak pernah berhenti memadu rindu, kerana ku tahu cinta sejatiMu adalah musim semi dalam jiwaku. Allah, ku berharap pengembaraan cintaku membawaku pada sebuah taman. Menuju ke sana, ku lalui dengan tertatih-tatih. Kadang terpikir olehku untuk menuntaskan jalan itu agar aku segera sampai. Tapi yang ku temui hanyalah taman yang gersang dan tandus di bawah panasnya terik matahari yang menyeksa jiwaku. Namun ampuni aku ya Rabbi. Betapa seringnya hamba tertegun ragu, untuk melanjutkan perjalanan yang panjang ini. Semuanya memang di keranakan kelemahan hati ini yang masih saja berharap mencicipi kenikmatan duniawi.

Rabbi, bukan tak ingin aku istiqomah melewati hari-hari. Bukan tak hendak aku sabar menanti janjiMu. Namun Rabbi, apakah salah jika aku menyandarkan diri pada dinding lain dalam sebuah bangunan IslamMu? Angkuhkah aku yang lemah ini Rabb? Salahkah aku yang dhoif ini Rabb? Namun Rabb, lagi-lagi Kau didik aku dalam kealpaan mimpi semuku. Kau dakap aku dalam belaian tarbiah yang telah banyak mengajarkan aku banyak hal. Tak sanggup ku bendung air mata keharuan atas semua belaian ini. Kerana aku tahu, tidak semua hambaMu Kau perlakukan sama seperti aku. Tersibak juga tirai kelam yang senantiasa menyeret langkahku menjauh dariMu, sungguh aku bersyukur atas semua ini. Aku sedar tidak sama pejuang dengan perintang, Kembali ku ingat sebait doa yang pernah ku renda, tentang sebuah janji yang telah ku patri, tentang azam yang ku tanam dan juga segala amanahku. Mengingatnya, semakin deras air mataku mengalir, semakin kuat dan kukuh kakiku melangkah. Ternyata tanggungjawab itu besar berada di pundakku. Beruntung aku masih punya nafas, yang bisa ku dendangkan tatkala hatiku sunyi. Dengan nafas itu aku berjalan di atas bumi. Menuntun hamba-hambaMu yang mendambakan cinta sejati.

Rabb, apakah ini jawapan setiap doa-doaku? Agar Engkau sertakan aku di dalam barisan para salafussoleh?. Apakah ini jawapan setiap rintihanku, agar Engkau jadikan setiap nikmat yang ada pada diriku sebagai mahar yang akan aku persembahkan padaMu? Rabbi, ampuni atas segala kelemahan imanku, bimbing aku melewati jalan orang-orang bernyali singa, namun aku cukup arif menyedari Rabb, siapalah aku ini, betapa diri ini tak layak di sejajarkan dengan mereka. Siapalah aku ini dibandingkan mereka yang senantiasa bersimbah peluh dan debu untuk membuktikan kecintaanya kepadaMu? Betapa lancangnya aku mengukur diri dengan mereka yang menghabiskan malam-malamnya dengan sujud tersungkur mengharapkan ampunan dan cintaMu.

Ya Rabbana, kesimpulan dari riak-riak hatiku ini, aku ingin sampaikan terima kasihku kepadaMu. Walaupun syukur dan taubatku sering mungkir, namun lautan kasih sayang dan ampunanMu ku yakini tak pernah bertepi.Ya Muhaimin, untuk yang kesekian kalinya, ku ucapkan terima kasih yang tak terhingga, atas segala cinta dan pelabuhan rindunya. Kau adalah musim semi dalam relung jiwaku. Dalam pangkuanMu, terhimpun seluruh kekuatanku, dengan kekuatan itu tanganku memainkan melodi, mulutku menyanyi lagu syurgawi. Izinkanlah ya Allah aku menjadi penyambung cahayaMu yang tiada pernah pudar. Allah, Walaupun aku tak layak mensejajarkan diri, tapi aku ingin katakan, tarbiah telah merubah diriku, melesat meninggalkan angan-angan hampa, bayang-bayang semu, serta dongeng yang tak memiliki cerita. Dalam dakapannya runtuh keangkuhanku, sirna kesombonganku, lenyap sifat jahiliahku. Yang ada saat ini bagaimana membentuk diri, seperti yang Engkau kehendaki ...

Rabbi, di dadaMu ku pasrahkan kehidupan, di sana kutemukan kedamaian yang abadi, sujudku tak akan pernah merenggang, jemariku kan terus ku susun, bibirku akan terus bergetar, memohon agar senantiasa Kau beri aku kebahagiaan, kerana memang hanya dariMulah sumber kebahagiaan.

ALLAH IS ENOUGH FOR ME!!

Tidak Semua Manusia Mengerti Segala Perasaan Yang Ada Di Hati kita, Tidak selalu Pula Memahami Gelojak Jiwa Yang Ada Di Dalam Diri Kita. Janganlah Selalu Mengharapkan Orang Lain Harus Mengerti Perasaanmu Walaupun Dia Adalah Sahabat Karibmu Sendiri. Kerna Perasaan Adalah Bahasa Hati Yang Dapat Berubah Setiap Waktu. Hari Ini Adalah Orang Yang Sangat Mengerti Akan Perasaan hatimu. Mungkin Esok Dia Adalah Orang Yang Paling Tidak Memahamimu. Janganlah Memaksa Kerana Saudaramu Juga Hanyalah Seorang Manusia Biasa.

Ya Allah..Aku Tersangat Menginginkan Teman. Biarlah Sisa Perjalanan Hidupku Ini akan ku lalui dengan penuh kesabaran dan keikhlasan Ya Allah. Kerna "Sabar dan Ikhlas itulah Islam". Janganlah sesekali ENGKAU Biarkan Hatiku Ini terdetik Akan Perkara2 Yang Akan Menimbulkan KemurkaanMu Lagi. Oleh Itu, Aku Mohon PadaMu, Cukuplah ENGKAU Ya Allah Yang Menjadi Peneman Diriku Ini. Tempat Untukku Mencurahkan Segala Isi Hatiku Dan Segala Perasaan Yang Ada Di Jiwaku. Kerna Aku Sangat Mengerti CintaMu Tidak Akan Pernah Menghampakan Diriku Ini. Selamanya Ya Allah..Selamanya.. Aku mohon padaMu, Janganlah ENGKAU Palingkan Hatiku Ini Setelah ENGKAU Berikan Petunjuk Dan Hidayah Buat Diriku Ini..Ameen Ya Robbal 'alameen..

~ My Prayez (",) ~