Dari Sahabat, Untuk Sahabat ::

Wasiat Saidina Ali karamallahu wajhah:
"Apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dgn melakukan dosa (maksiat) maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan tetap berkekalan."

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
~Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, ~Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, ~Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,~dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu..(",) ~

~ Ukhuwah Fillah Abadan Abada (",)

Hadith dari Rasulullah S.A.W “Mahukah aku memberitahu kamu sesuatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan ( kedudukan seseorang ) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab : Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda : “ Berlemah lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah ikatan silaturrahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu”

Tidak sesekali ingin memutuskan ukhuwah yg terjalin atas jlnMu Ya Allah..ku hanya ingin menyepikan diri dan kepingin bermuhasabah sebaik baik muhasabah..Bak kata Al Imam As-Syafie "Berpagian aku dlm keadaan tidak mengendahkan dunia,berpisah dgn sahabatku, mengenangkan kematian, amalan buruk aku perlihatkan dan pd Allah aku datangi..

“Janganlah kamu saling memutuskan silaturahhim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci membenci, dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak Halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya yang mu’min melebihi tiga hari”

Tidak terlintas di hati untuk membenci sobat2 yg sering kali tak mengerti akan perasaanku ini..pertanyaanku katanya memberikan mereka tekanan..sedangkan Engkau mengerti apa maksud yang tersirat di sebalik pertanyaanku..sekadar ingin bertanya adakah ku punca segala permasalahan??..kalaulah benar seperti apa yang telah diperkatakan,ku mohon sejuta kemaafan..hanya itu yg ingin ku katakan.."ku mohon kemaafan"..bukan ku tak ngerti kamu,bkn ku mahu beri kamu tekanan..tidak terniat di hati..ku bkn terlalu kejam utk menyakiti kamu yang begitu lemah..maafkan diriku..mohon dimengerti diri ini (",)

~ Ku MencariMu Allah,Mengharap Keredhaan dan Menagih Kebahagiaan Dari SINAR IMAN!!

~ Where Can I Find Another Like You..Sob3

I want to cry..But I have no tears..I want to smile..But there is no company..If my fate..Has been determined..To be like this..What can I do??

Where can I find another..Like you..I can't bear this parting..And heartbreak.. Living in agony..

My heart aches so much..Since you've been gone..Leaving me all alone..Wif no one.. All alone..

Da bright world becomes dark..Da beautiful light is useless..Da weeping of my heart..adds to my sorrow..But you still never appear..

Where can I find another..Perhaps in heaven..To grief wif me..To cry wif me.. Forever and ever..

~ MaGhFiRaHMu Ku MoHoN..

Ya Allah..

Di mana lagi dapat ku temui CINTA SEJATI kecuali pada CINTAMU..

Ke mana lagi hati ini harus berlabuh kecuali pada KASIHMU..

Jadikanlah hati yang LEMAH ini Ya Allah tertambat kukuh hanya padaMU..

Aku mohon REDHA atas segenap keputusanMu..

Kesejukan setelah MATIKU..Kenikmatan memandang WAJAHMU..

Ku KERINDUAN untuk berjumpa denganMu..

Ampunilah diri ini yang tidak BERHARGA Ya Allah..

Penuhilah kehinaannya dengan keindahan MAGHFIRAHMU..Amiin

AdeHhhh..

Bismillahirrohmanirrohim..

Astaghfirullahal 'azhim..'ala kulli zambin 'azhim..zhohirin wa bathin ya ar hamar rohimin..Ya Allah ampunilah dosaku, ht ini telah kotor. ku mohon, bersihkanlah gumpalan ht ini, agar ku tidak berpaling dariMu. kerna ku hidup hanya kernaMu Ya Allah..

Jangan biarkan hati ini hanyut dengan gelombang nafsu Ya Allah. ku sedar apa yg ku cari, dan apa yg aku perlukan. Jauhilah dirinya dari ingatanku Ya Allah. bagaimana diri ini terlalu cepat terpesona dgn keindahan dunia??..astaghfirullahal 'azhim..
Sabar ye duhai hati, ku akan menjagamu sebaiknya, kerna kau adalah amanat untukku..sob3

~ aDaKaH DiRi iNi LaYaK??..sOb3

Aku tidak sanggup selamanya terluka..

Terkapar kerana lapar..

Apa lagi terbakar dek api neraka..

Untuk itu ku hengatkan diriku, bahawa tiap titisan darah dari luka

dan derasnya air mata, itulah maharku ke Syurga..

Dan sesungguhnya aku sedar betapa sangat kecilnya usahaku untuk

meminang SyurgaMu..sOb3

~ SaHaBaT..sOb3 (",)

Sahabat..
Kami merindui sahabat yang mengingatkan kami kepada Allah,Nasihatnya penuh hikmah, Segalanya menceritakan hal iman dan taqwa kepada Allah..

Sahabat..
Bila lagi agaknya mahu ku temui,Sahabat yang manis rupanya,Akibat dari bersihnya wajah dan jiwanya,Senyumannya penyejuk jiwa,Kata-katanya menenangkan hati dan telinga yang mendengar..

Wahai insan pecinta Allah..
Bila lagi kami akan bersamamu,Kerna jiwa bergelora menanti kehadiranmu,Bersamamu umpama berada dalam majlis ahli syurga,Ilmu bertambah, iman meningkat..Dek kerana kata-kata yang mulia,Disertai redho Allah semata..

Ya Allah..
Tidak tahu betapa rindunya jiwa ini kepada sahabat yang mulia,Hanya Engkau sahaja yang dapat memberikan kami sahabat yang mulia,Semoga Engkau kurniakan kami, walaupun seorang..Agar tenang jiwa ini bersamanya,Kerana puas berkasih sayang dalam mencintaiMu..

Ya Tuhan..
Kurniakan kami sahabat yang mencintaiMu,Yang bila bersama, sering mengingatkan kami kepadaMu..Ameen(",)

~ TERIMALAH AKU SEADANYA..UHUK3

Andai satu hari nanti, Kita ditakdirkan bersama, Melayari bahtera kehidupan, Usah kau impikan selaut sutera keindahan, Usah kau igaukan kasih yang mengunung tanpa puncak, Juga usah kau harapkan Kesempurnaan diri ini..

Aku bukan Siti Khadijah, Mahupun permata Siti Fatimah, Aku bukan Siti Aisyah, Mahupun Ummul Mukminin lain, Bukan juga Rabiatul Adawiyah, Wanita sufi terpuji, Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam, Masyitah, Asiah, Sumaiyah..

Mengertilah dengan waras keislaman, Aku hanyalah wanita akhir zaman, Yang masih cuba mempertahankan maruah, Dan kesucian diri sebagai muslimah, Berlandaskan garisannya, Dalam mengharungi kegawatan masa kini, Yang serba palsu dan penuh onak duri, Dengan kemampuan sekuman cuma..

Demi keranaNya semata, Tidak kutagih apa-apa darimu, Cuma ku pohon sebuah pengertian,
Dan kasih sayang suci, Bahawa aku adalah amanat untukmu..Andai ditakdirkan kita bersama (",)

ALLAH IS ENOUGH FOR ME!!

Tidak Semua Manusia Mengerti Segala Perasaan Yang Ada Di Hati kita, Tidak selalu Pula Memahami Gelojak Jiwa Yang Ada Di Dalam Diri Kita. Janganlah Selalu Mengharapkan Orang Lain Harus Mengerti Perasaanmu Walaupun Dia Adalah Sahabat Karibmu Sendiri. Kerna Perasaan Adalah Bahasa Hati Yang Dapat Berubah Setiap Waktu. Hari Ini Adalah Orang Yang Sangat Mengerti Akan Perasaan hatimu. Mungkin Esok Dia Adalah Orang Yang Paling Tidak Memahamimu. Janganlah Memaksa Kerana Saudaramu Juga Hanyalah Seorang Manusia Biasa.

Ya Allah..Aku Tersangat Menginginkan Teman. Biarlah Sisa Perjalanan Hidupku Ini akan ku lalui dengan penuh kesabaran dan keikhlasan Ya Allah. Kerna "Sabar dan Ikhlas itulah Islam". Janganlah sesekali ENGKAU Biarkan Hatiku Ini terdetik Akan Perkara2 Yang Akan Menimbulkan KemurkaanMu Lagi. Oleh Itu, Aku Mohon PadaMu, Cukuplah ENGKAU Ya Allah Yang Menjadi Peneman Diriku Ini. Tempat Untukku Mencurahkan Segala Isi Hatiku Dan Segala Perasaan Yang Ada Di Jiwaku. Kerna Aku Sangat Mengerti CintaMu Tidak Akan Pernah Menghampakan Diriku Ini. Selamanya Ya Allah..Selamanya.. Aku mohon padaMu, Janganlah ENGKAU Palingkan Hatiku Ini Setelah ENGKAU Berikan Petunjuk Dan Hidayah Buat Diriku Ini..Ameen Ya Robbal 'alameen..

~ My Prayez (",) ~