Dari Sahabat, Untuk Sahabat ::

Wasiat Saidina Ali karamallahu wajhah:
"Apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dgn melakukan dosa (maksiat) maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan tetap berkekalan."

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
~Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, ~Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, ~Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,~dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu..(",) ~

KINI CHENTAKU KERANA ALLAH~

Cinta mampu melahirkan peribadi-peribadi yang mengagumkan. Peribadi yang tak takut kehilangan suatu apa pun walau ia amat cinta pada sesuatu. Namun kerana cinta yang hadir dipenuhi dengan nuansa keimanan, maka mereka rela mengorbankan apa saja yang mereka amat cintai demi memperolehi keredhaan Dzat Pemberi cinta. Jiwa mereka tidak gundah gulana ketika kehilangan cinta duniawi kerana Allah sebagai Dzat pemberi ketenteraman peribadi-peribadi taat ini amat menyedari bahawa cinta hanyalah sebagai sarana mencapai tujuan. Mereka yakin kenikmatan cinta tak ada ertinya tanpa ada restu Allah sebagai Pemberi cinta. Maka yang mereka cari adalah redha dan cinta Allah, bukan cinta yang bersifat sementara.

Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila kita mereguknya akan didapatkan kenikmatan yang lebih dalam lagi.

Sungguh indah dan tepat doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita "Allahumma aarinal haqqa haqqa wardzuqnat-tiba’ah wa aarinal bathil bathila wardzuqnat tinaabah….." Ya Allah tunjukkan kepada kami bahawa yang benar itu benar adanya agar kami dapat mengikutinya dan tunjukilah kami bahawa yang batil itu batil adanya
agar dapat menjauhinya..

Inilah seuntai doa yang menjadi dasar bagi menentukan ‘benar-tidak’nya setiap urusan kita. Tanpa petunjuk dan hidayah Allah mana mungkin kita menilai yang benar dan batil. Alangkah malangnya jika kita tidak mampu melihat mana yang haq dan mana yang batil. Demikian juga dalam urusan kita mengenai cinta. Selamanya, kita tidak akan mampu mencintai dan dicintai secara benar, ketika kita tak mampu mempunyai kemampuan untuk menganalisa yang mana cinta yang haq dan mana cinta yang batil. Mana cinta syahwat dan mana cinta Rabbani.

Marilah kita menjenguk da menyemak hati kita. Masihkah ada cinta di sana? Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan memberi label halal di atasnya? Dan sudahkah kita menyingkirkan cinta syahwat yang akan menjerumuskan kita
dalam petaka cinta yang berpanjangan?..Ya Allah berikanlah kami kekuatan CINTAMU!!..

ALLAH IS ENOUGH FOR ME!!

Tidak Semua Manusia Mengerti Segala Perasaan Yang Ada Di Hati kita, Tidak selalu Pula Memahami Gelojak Jiwa Yang Ada Di Dalam Diri Kita. Janganlah Selalu Mengharapkan Orang Lain Harus Mengerti Perasaanmu Walaupun Dia Adalah Sahabat Karibmu Sendiri. Kerna Perasaan Adalah Bahasa Hati Yang Dapat Berubah Setiap Waktu. Hari Ini Adalah Orang Yang Sangat Mengerti Akan Perasaan hatimu. Mungkin Esok Dia Adalah Orang Yang Paling Tidak Memahamimu. Janganlah Memaksa Kerana Saudaramu Juga Hanyalah Seorang Manusia Biasa.

Ya Allah..Aku Tersangat Menginginkan Teman. Biarlah Sisa Perjalanan Hidupku Ini akan ku lalui dengan penuh kesabaran dan keikhlasan Ya Allah. Kerna "Sabar dan Ikhlas itulah Islam". Janganlah sesekali ENGKAU Biarkan Hatiku Ini terdetik Akan Perkara2 Yang Akan Menimbulkan KemurkaanMu Lagi. Oleh Itu, Aku Mohon PadaMu, Cukuplah ENGKAU Ya Allah Yang Menjadi Peneman Diriku Ini. Tempat Untukku Mencurahkan Segala Isi Hatiku Dan Segala Perasaan Yang Ada Di Jiwaku. Kerna Aku Sangat Mengerti CintaMu Tidak Akan Pernah Menghampakan Diriku Ini. Selamanya Ya Allah..Selamanya.. Aku mohon padaMu, Janganlah ENGKAU Palingkan Hatiku Ini Setelah ENGKAU Berikan Petunjuk Dan Hidayah Buat Diriku Ini..Ameen Ya Robbal 'alameen..

~ My Prayez (",) ~