Dari Sahabat, Untuk Sahabat ::

Wasiat Saidina Ali karamallahu wajhah:
"Apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dgn melakukan dosa (maksiat) maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan tetap berkekalan."

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
~Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, ~Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, ~Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,~dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu..(",) ~

~ ADAKAH RUANG UNTUKKU (",) ~


YA RABBI,YA ILAHI..
Lihatlah daku, hambaMu yg hina, Merintih sendiri mengenang nasibnya diri, Sarat dengan noda, goda dan dosa, Duhai Tuhan Maha Pencipta, Kurniakanlah daku Mahligai sakinah..

Yang Engkau berikan pada mereka, Sedang aku dahulunya leka, Sesat merentas jalan Berkaca..

HADIRKANLAH YA TUHAN..
Untukku seorang teman bersama berpimpinan, Menuju jalan Keredhaan, Tatkala amat hina diriku, Bila keinsafan tidak direlakan, Lalu daku dipandang keji, Oleh mereka yg berakhlak Suci..

Aku terpinggir..Tersingkir dan tercicir..Apakah tiada kemaafan untukku..

YA TUHAN..
Namun bilaku tersedar, Aku sedang dibuai kasihNya..

AR-RAHMAN AR-RAHIM..
Inikah buktinya?..Kupasrah..Andai itulah ujianMu padaku, Lantas kukuatkan diri, Menjadi musafir, pada jalanMu ILAHI..

ALLAH IS ENOUGH FOR ME!!

Tidak Semua Manusia Mengerti Segala Perasaan Yang Ada Di Hati kita, Tidak selalu Pula Memahami Gelojak Jiwa Yang Ada Di Dalam Diri Kita. Janganlah Selalu Mengharapkan Orang Lain Harus Mengerti Perasaanmu Walaupun Dia Adalah Sahabat Karibmu Sendiri. Kerna Perasaan Adalah Bahasa Hati Yang Dapat Berubah Setiap Waktu. Hari Ini Adalah Orang Yang Sangat Mengerti Akan Perasaan hatimu. Mungkin Esok Dia Adalah Orang Yang Paling Tidak Memahamimu. Janganlah Memaksa Kerana Saudaramu Juga Hanyalah Seorang Manusia Biasa.

Ya Allah..Aku Tersangat Menginginkan Teman. Biarlah Sisa Perjalanan Hidupku Ini akan ku lalui dengan penuh kesabaran dan keikhlasan Ya Allah. Kerna "Sabar dan Ikhlas itulah Islam". Janganlah sesekali ENGKAU Biarkan Hatiku Ini terdetik Akan Perkara2 Yang Akan Menimbulkan KemurkaanMu Lagi. Oleh Itu, Aku Mohon PadaMu, Cukuplah ENGKAU Ya Allah Yang Menjadi Peneman Diriku Ini. Tempat Untukku Mencurahkan Segala Isi Hatiku Dan Segala Perasaan Yang Ada Di Jiwaku. Kerna Aku Sangat Mengerti CintaMu Tidak Akan Pernah Menghampakan Diriku Ini. Selamanya Ya Allah..Selamanya.. Aku mohon padaMu, Janganlah ENGKAU Palingkan Hatiku Ini Setelah ENGKAU Berikan Petunjuk Dan Hidayah Buat Diriku Ini..Ameen Ya Robbal 'alameen..

~ My Prayez (",) ~