Ya Allah..
Di mana lagi dapat ku temui CINTA SEJATI kecuali pada CINTAMU..
Ke mana lagi hati ini harus berlabuh kecuali pada KASIHMU..
Jadikanlah hati yang LEMAH ini Ya Allah tertambat kukuh hanya padaMU..
Aku mohon REDHA atas segenap keputusanMu..
Kesejukan setelah MATIKU..Kenikmatan memandang WAJAHMU..
Ku KERINDUAN untuk berjumpa denganMu..
Ampunilah diri ini yang tidak BERHARGA Ya Allah..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan MAGHFIRAHMU..Amiin
~ MaGhFiRaHMu Ku MoHoN..
AdeHhhh..
Bismillahirrohmanirrohim..
Astaghfirullahal 'azhim..'ala kulli zambin 'azhim..zhohirin wa bathin ya ar hamar rohimin..Ya Allah ampunilah dosaku, ht ini telah kotor. ku mohon, bersihkanlah gumpalan ht ini, agar ku tidak berpaling dariMu. kerna ku hidup hanya kernaMu Ya Allah..
Jangan biarkan hati ini hanyut dengan gelombang nafsu Ya Allah. ku sedar apa yg ku cari, dan apa yg aku perlukan. Jauhilah dirinya dari ingatanku Ya Allah. bagaimana diri ini terlalu cepat terpesona dgn keindahan dunia??..astaghfirullahal 'azhim..
Sabar ye duhai hati, ku akan menjagamu sebaiknya, kerna kau adalah amanat untukku..sob3
~ aDaKaH DiRi iNi LaYaK??..sOb3
Aku tidak sanggup selamanya terluka..
Terkapar kerana lapar..
Apa lagi terbakar dek api neraka..
Untuk itu ku hengatkan diriku, bahawa tiap titisan darah dari luka
dan derasnya air mata, itulah maharku ke Syurga..
Dan sesungguhnya aku sedar betapa sangat kecilnya usahaku untuk
meminang SyurgaMu..sOb3
~ SaHaBaT..sOb3 (",)
Sahabat..
Kami merindui sahabat yang mengingatkan kami kepada Allah,Nasihatnya penuh hikmah, Segalanya menceritakan hal iman dan taqwa kepada Allah..
Sahabat..
Bila lagi agaknya mahu ku temui,Sahabat yang manis rupanya,Akibat dari bersihnya wajah dan jiwanya,Senyumannya penyejuk jiwa,Kata-katanya menenangkan hati dan telinga yang mendengar..
Wahai insan pecinta Allah..
Bila lagi kami akan bersamamu,Kerna jiwa bergelora menanti kehadiranmu,Bersamamu umpama berada dalam majlis ahli syurga,Ilmu bertambah, iman meningkat..Dek kerana kata-kata yang mulia,Disertai redho Allah semata..
Ya Allah..
Tidak tahu betapa rindunya jiwa ini kepada sahabat yang mulia,Hanya Engkau sahaja yang dapat memberikan kami sahabat yang mulia,Semoga Engkau kurniakan kami, walaupun seorang..Agar tenang jiwa ini bersamanya,Kerana puas berkasih sayang dalam mencintaiMu..
Ya Tuhan..
Kurniakan kami sahabat yang mencintaiMu,Yang bila bersama, sering mengingatkan kami kepadaMu..Ameen(",)
~ TERIMALAH AKU SEADANYA..UHUK3
Andai satu hari nanti, Kita ditakdirkan bersama, Melayari bahtera kehidupan, Usah kau impikan selaut sutera keindahan, Usah kau igaukan kasih yang mengunung tanpa puncak, Juga usah kau harapkan Kesempurnaan diri ini..
Aku bukan Siti Khadijah, Mahupun permata Siti Fatimah, Aku bukan Siti Aisyah, Mahupun Ummul Mukminin lain, Bukan juga Rabiatul Adawiyah, Wanita sufi terpuji, Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam, Masyitah, Asiah, Sumaiyah..
Mengertilah dengan waras keislaman, Aku hanyalah wanita akhir zaman, Yang masih cuba mempertahankan maruah, Dan kesucian diri sebagai muslimah, Berlandaskan garisannya, Dalam mengharungi kegawatan masa kini, Yang serba palsu dan penuh onak duri, Dengan kemampuan sekuman cuma..
Demi keranaNya semata, Tidak kutagih apa-apa darimu, Cuma ku pohon sebuah pengertian,
Dan kasih sayang suci, Bahawa aku adalah amanat untukmu..Andai ditakdirkan kita bersama (",)
~ TANYA HEARTY (",) ~
Bertanya aku pada diri, apa sebenarya merunsing hati?..apa sebenarnya mengunci fikir ini?..ku selam-selam lautan hati, ku cari-cari rasa apakah ini, ku fikir-fikir, ku jangka-jangka, bertemu jawapankah aku akhirnya?..
Ku teroka luas ruang memori,ku belek-belek diari hidup ini, semalam yang dulu, hariku kini, apa terjadi? apa yang menjadi..ku pandang jauh ke dalam diri, ku ingat-ingat rasa di hati, ku sentuh lembut waras fikir ini, ku susun atur cebis-cebis memori, entah mengapa dan bagaimana, jawapannya telah lama ada (rupanya!)..
Rupa-rupanya aku pelupa, lama aku tak hiraukannya, minda ku ini jadi tak upaya, resah di hati terus meraja, kerana 'ia' sedang derita..jiwa, hati, nyawa jasadku ini, sedang haus, sedang lapar, sedang tandus, lemah, terketar-ketar..meminta air, merayu bekalnya, menagih simpati aku si empunya...
'Ia' minta aku ada, terjaga dan kembali semula, pada Dia satu-satunya, kasih dan cinta yang selamanya!..'ia' pinta aku pergi, mencuci dosa, memohon ampunNya, ubah cintaku, pulangkannya kembali, pada Dia, dan Dia saja mesti! dulu 'ia' berbisik-bisik, kini 'ia'menjerit-jerit, "pulang 'aku' pulang" "kembali 'aku' ke pangkal jalan" "sudah lama 'aku' berjauhan" "nah! kembalilah penuh kerinduan!" jeritan 'ia' ku dakap erat, kata-kata 'ia' jadi azimat, ku kata pada diri..
Kembalilah pada matlamat, pada asal diri, pada Dia yang hakiki.. hanya pada Dia bisa jumpa damai, hanya dengan Dia bisa ketemu bahagia..hanya punya 'ia' dari hidayahNya, disiram cahaya ilmu dan taqwa, bisa aku temukan penawarnya, ubat hati yang parah terluka, akibat alpa..'ia' ku biarkan terus tipis, dengan dosa noda dunia, dengan asyik melupakanNya! hai aku!..usah biar diri ini terus diracun dunia, kembalikan aku berpijak di bumi nyata, menjunjung langit redhaMu sentiasa..
Ampuni aku Tuhan, sucikan noda jiwaku ar-Rahman, aku ingin kembali, jangan tinggal aku sendiri..tidak ada daya dan kekuatan, tidak dapat tidak, hanya denganMu ya ar-Rahman! kembalilah damai hati, kembalilah tenang fikir ini, kembalilah 'ia' menunjuk jalan, menujuMu ar-Rahman penuh kecintaan, mencari ampunan penuh keredhaan..
*’ala bidzikrillahi tatmainnal quluub > ar-ra'd:28* khaleel el-wafy
~ Ku MencariMu Allah,Mengharap Keredhaan dan Menagih Kebahagiaan Dari SINAR IMAN!! ~ Pancaranduacahaya (",)
~ ADAKAH RUANG UNTUKKU (",) ~
YA RABBI,YA ILAHI..
Lihatlah daku, hambaMu yg hina, Merintih sendiri mengenang nasibnya diri, Sarat dengan noda, goda dan dosa, Duhai Tuhan Maha Pencipta, Kurniakanlah daku Mahligai sakinah..
Yang Engkau berikan pada mereka, Sedang aku dahulunya leka, Sesat merentas jalan Berkaca..
HADIRKANLAH YA TUHAN..
Untukku seorang teman bersama berpimpinan, Menuju jalan Keredhaan, Tatkala amat hina diriku, Bila keinsafan tidak direlakan, Lalu daku dipandang keji, Oleh mereka yg berakhlak Suci..
Aku terpinggir..Tersingkir dan tercicir..Apakah tiada kemaafan untukku..
YA TUHAN..
Namun bilaku tersedar, Aku sedang dibuai kasihNya..
AR-RAHMAN AR-RAHIM..
Inikah buktinya?..Kupasrah..Andai itulah ujianMu padaku, Lantas kukuatkan diri, Menjadi musafir, pada jalanMu ILAHI..
ALLAH IS ENOUGH FOR ME!!
Ya Allah..Aku Tersangat Menginginkan Teman. Biarlah Sisa Perjalanan Hidupku Ini akan ku lalui dengan penuh kesabaran dan keikhlasan Ya Allah. Kerna "Sabar dan Ikhlas itulah Islam". Janganlah sesekali ENGKAU Biarkan Hatiku Ini terdetik Akan Perkara2 Yang Akan Menimbulkan KemurkaanMu Lagi. Oleh Itu, Aku Mohon PadaMu, Cukuplah ENGKAU Ya Allah Yang Menjadi Peneman Diriku Ini. Tempat Untukku Mencurahkan Segala Isi Hatiku Dan Segala Perasaan Yang Ada Di Jiwaku. Kerna Aku Sangat Mengerti CintaMu Tidak Akan Pernah Menghampakan Diriku Ini. Selamanya Ya Allah..Selamanya.. Aku mohon padaMu, Janganlah ENGKAU Palingkan Hatiku Ini Setelah ENGKAU Berikan Petunjuk Dan Hidayah Buat Diriku Ini..Ameen Ya Robbal 'alameen..